Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.

BIL
JAWATAN
GRED
GAJI
MINIMUM (RM)
MAKSIMUM (RM)
1.
 PEGAWAI PENYELIDIK
Q41 - Q53
2,315.00
13,248.00
2.
 PEGAWAI TADBIR
N41 - N44
2,080.00
10,406.00
3.
 PENOLONG JURUTERA
JA29
1,549.00
5,701.00
4.
 PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
Q29
1,496.00
5,676.00
5.
 PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N29
1,493.00
5,672.00
6.
 SETIAUSAHA PEJABAT
N29
1,493.00
5,672.00
7.
 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK *
J19
1,377.00
4,052.00
8.
 PEMBANTU KEMAHIRAN *
H19
1,377.00
4,052.00
9.
 PEMBANTU PENYELIDIK
Q19
1,355.00
4,007.00
10.
 PEMBANTU TADBIR (P/O)
N19
1,352.00
4,003.00
11.
 PEMBANTU AWAM
H11
1,218.00
2,939.00

Nota : * Contract For Service (CFS)


Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon
Elaun : Seperti berikut :
ELAUN (RM)
ELAUN
Q53
Q51
Q47
Q43/
N44
Q41/
N41
JA29/ Q29/
N29
J19/ H19/
Q19/ N19
H11
 Imbuhan Tetap Keraian
800.00
600.00
550.00
400.00
-
-
-
-
 Imbuhan Tetap Perumahan
900.00
700.00
700.00
400.00
300.00
300.00
300.00
300.00
 Imbuhan Tetap Khidmat Awam
-
-
-
-
300.00
160.00
115.00
95.00
 Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM300 (Tertakluk kepada penempatan)

 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) :
- Pegawai Penyelidik, 5% daripada gaji pokok; dan
- Penjaga Jentera Elektrik, 10% daripada gaji pokok.


Klik di sini untuk melihat penemapatan bagi jawatan yang ditawarkan.

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jawatan 1 hingga 10

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 11

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.

ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 21 Oktober 2019

v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.